Friday 11 May 2018

3 Sebab Kenapa Anda Perlu Belajar Menjahit Baju Kurung Moden Berbanding Baju Kurung Traditional?

"Saya tiada asas jahitan baju. Bolehkah saya hendak belajar menjahit baju kurung moden?"

.


"Saya dengar, kalau pertama kali hendak belajar jahit, kena mula belajar jahit baju kurung traditional dulu. Betul ke?"
.

"Tak susah ke belajar jahit baju kurung moden ni cikgu Gee?"

.

Saya banyak memberi cadangan kepada pelajar jahitan saya supaya belajar Baju Kurung Moden walaupun mereka baru hendak berjinak-jinak dalam bidang jahitan.





KENAPA???



1) Maksimumkan Ilmu Menjahit Anda



Bila anda belajar baju kurung moden, anda boleh aplikasi ilmu itu kepada jubah dan blouse. Semuanya ubahsuai di pola sahaja. Jubah- anda hanya perlu ubahsuai pola jubah dari basic pola baju kurung moden. Hanya tarik pola dari pinggang sehingga labuh dan lebar yang dikehendaki. Manakala pola blouse pula, anda hanya perlu masukkan kelonggaran pola di bahagian dada, pinggang dan punggung mengikut kelonggaran blouse yang anda kehendaki. Cara memotong kain dan menjahit sama macam baju kurung moden. Jadi, anda dapat 3 dalam 1 ilmu menjahit. Jimat dan berbaloi kan?




2) Asas & Aplikasi Kepada Pelbagai Baju Fesyen




Ilmu menjahit kurung moden ini asas kepada baju fesyen. Jika anda belajar baju kurung traditional sahaja, anda tidak boleh aplikasikan untuk pakaian fesyen. Dengan ilmu baju kurung moden ini, anda boleh aplikasi untuk ilmu jahitan lain seperti kurta, blouse tulip dan pelbagai fesyen baju lain lagi. Semuanya kita ubahsuai di pola.




3) Belajar Menjahit Baju Kurung Moden Ini Mudah 
Jika Anda Belajar Dengan Guru Yang Betul.



Nak Belajar Menjahit Secara Online Tanpa Ke Kelas & Ada Mentor
Jika anda ingin belajar ilmu menjahit baju kurung moden dan baju feyen lain dengan mudah, sila klik link di bawah untuk lebih detail :



https://belajarjahitanonline.blogspot.com/2020/04/kelas-jahit-online-rm-10-sahaja.html





Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan menggunakan perkhidmatan ini seperti arahan step by step. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah berlaku kepada pengguna di atas penggunaan servis ini.


No comments:

Post a Comment